Berita Berita
Penerimaan rakyat Sabah terhadap PH semakin positif
PENAMPANG 19 Nov – Penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan Harapan (PH) serta calon gabungan itu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dilihat semakin positif, kata Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Menurut beliau, kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah minggu lalu serta komitmen awal kerajaan dalam memberi keutamaan kepada pengiktirafan ekonomi negeri sebelum kempen bermula turut menyumbang kepada respon positif penduduk.
Menyifatkan rakyat di Negeri Di Bawah Bayu sebagai peramah dan terbuka, Nurul Izzah berkata sikap itu membolehkan mereka menilai tawaran PH berdasarkan fakta serta rekod pencapaian setakat ini.
“Kami berharap pilihan (pengundi) dibuat berasaskan fakta dan saya sangat bersyukur dengan respons yang begitu positif,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan Tinjauan Mesra di Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog di Pasar Tamu Donggongon, pada Rabu. Turut serta ialah calon PH, Remysta Jimmy Taylor.
Nurul Izzah yang juga Pengarah Bersama Kempen Pilihan Raya PKR menegaskan bahawa komitmen parti tidak terhenti selepas tamat kempen pilihan raya.
“Selepas berkempen dan hari mengundi, yang penting ialah bagaimana untuk memberikan khidmat serta menyelesaikan masalah rakyat dalam jangka pendek, sederhana dan panjang kerana kita tahu tidak semua boleh diselesaikan dalam 24 jam,” katanya.
Dalam lawatan lebih sejam itu, beliau disambut mesra oleh para peniaga dan pengunjung yang mengambil peluang bergambar serta merakam video sebagai kenangan. Mereka turut menyanyikan lagu “Selamat Hari Jadi” sempena ulang tahun kelahirannya.
Hari pengundian PRN Sabah ke-17 ditetapkan pada 29 November manakala undi awal pada 25 November.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi pada PRN kali ini, merangkumi 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan serta 12,729 anggota polis dan pasangan.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
