Berita Berita
Lelaki maut ditikam, dipukul dalam pergaduhan kumpulan di pusat hiburan di Seremban
SEREMBAN 24 Nov - Suasana di sebuah pusat hiburan di Taman AST bertukar kecoh apabila seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam dan dipukul dalam satu pergaduhan berkumpulan awal pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu tular selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan mangsa dikejar sekumpulan lelaki sebelum dipukul menggunakan kerusi dan kotak ketika cuba menyelamatkan diri.
Video berdurasi satu minit 26 saat itu turut menunjukkan mangsa berlari ke arah kaunter untuk mendapatkan perlindungan, namun dikepung dan dibelasah bertubi-tubi sehingga dia rebah tidak sedarkan diri. Seorang kakitangan premis turut dilihat cuba menghalau kumpulan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, mengesahkan mangsa meninggal dunia selepas dibawa ke hospital akibat kecederaan parah.
"Kami sedang mengenal pasti jumlah individu terbabit dan meneliti rakaman CCTV untuk mengesan identiti suspek serta punca kejadian," katanya ketika dihubungi.
Beliau turut meminta saksi atau sesiapa yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan di balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
