Berita Berita
Hujan berterusan, Shah Alam, Klang dinaiki air
SHAH ALAM 24 Nov – Hujan berterusan sejak petang Sabtu menyebabkan beberapa lokasi di daerah Shah Alam dan Klang dilanda banjir kilat, dengan paras air dilapor meningkat sejak awal pagi Ahad.
Orang awam serta pihak berkuasa tempatan berkongsi maklumat mengenai kawasan terjejas, termasuk Kampung Kubu Gajah, Kampung Budiman, Taman Desa Kemuning, Taman Seri Muda, Kampung Delek, Kapar dan Meru di Klang.
Menerusi hantaran di Facebook rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), paras air dikesan meningkat di Jalan Kampung Kubu Gajah 10 berhampiran Jalan Kampung Gajah 5, Seksyen U17.
MBSA memaklumkan bahawa Jalan Kampung Kubu Gajah 5 tidak boleh dilalui akibat limpahan air, manakala Persiaran Budiman menghala ke Seksyen 25 turut dinaiki air.
“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan risiko keselamatan,” menurut kenyataan itu.
Dalam perkembangan sama, anggota penguat kuasa MBSA membantu memindahkan beberapa warga emas di Lorong Desa Kemuning 2B, Taman Desa Kemuning, Seksyen 35 ke lokasi lebih selamat berikutan peningkatan paras air.
Pasukan PANTAS MBSA turut menjalankan pemantauan di beberapa kawasan tumpuan banjir termasuk Sungai Damansara di Seksyen 13.
“Pemeriksaan mendapati terdapat kenaikan paras air namun pam berfungsi dengan baik,” tambah kenyataan itu.
Penduduk Shah Alam yang berdepan kecemasan berkaitan banjir boleh menghubungi Pasukan PANTAS di talian 03-5510 5811 bagi mendapatkan bantuan segera.
Berita berkaitan
January 13, 2026, 11:06 pm
Tak sempat hadiri kursus, CEO syarikat, dua pekerja maut MPV dinaiki bertembung van di Gua Musang
January 13, 2026, 7:41 pm
Akmal Saleh luah isi hati kepada Ahmad Zahid
January 13, 2026, 7:34 pm
Najib kembali ke Mahkamah Tinggi bela diri dalam saman sivil SRC RM42 juta
January 13, 2026, 5:22 pm
Ahmad Zahid sahkan sudah bertemu Akmal Saleh
January 13, 2026, 5:15 pm
Hotel didakwa ‘gay friendly’ di Melaka tutup sementara operasi
January 13, 2026, 5:10 pm
KDN nafi imej reka bentuk pasport dan MyKad baharu tular di media sosial
January 13, 2026, 5:06 pm
MCMC bakal ambil tindakan undang-undang terhadap X dan xAI berhubung isu keselamatan Grok
January 13, 2026, 5:00 pm
Konstabel disyaki tampar penunggang motosikal dipanggil bertugas bantu operasi trafik
January 13, 2026, 2:39 pm
