Berita Berita
121 PPS dibuka di lapan negeri, mangsa banjir meningkat melebihi 19,000
KUALA LUMPUR 25 Nov - Gelombang banjir terus menunjukkan peningkatan apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara bertambah kepada 19,422 orang setakat jam 9 pagi tadi, melibatkan lapan negeri.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), angka itu meningkat berbanding 16,201 mangsa yang direkodkan semalam, sekali gus menunjukkan situasi banjir masih belum reda di beberapa kawasan.
Data dalam laman web Info bencana JKM pagi ini menunjukkan Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 9,981 orang, diikuti Perlis (2,644), Perak (2,604) dan Selangor (2,119).
Jumlah itu turut merangkumi 1,576 mangsa di Kedah, Pulau Pinang (377), Terengganu (98), Sarawak (32), Pahang (23) dan Kuala Lumpur (dua).
NADMA turut mengesahkan tiada kematian direkodkan akibat banjir.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa negeri pagi ini, termasuk Selangor, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan, dengan ramalan hujan lebat serta angin kencang di beberapa kawasan.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda awal berlakunya ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
HRD Corp lulus dana latihan RM2.62 bilion pada 2025, perkasa kemahiran tenaga kerja negara
January 14, 2026, 2:18 pm
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
January 14, 2026, 2:11 pm
UMNO akui cabaran peruntukan jentera penerangan, Zahid tekankan strategi ofensif
January 14, 2026, 1:29 pm
SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi ATM, siasatan kartel tender tentera darat diperluas
January 14, 2026, 11:20 am
Kerajaan Madani terlibat langsung dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0
January 14, 2026, 11:16 am
Pemandu lori maut tersepit dalam nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS
January 14, 2026, 11:11 am
