Berita Berita
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
KUALA LUMPUR 14 Jan – Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika melintas jalan di Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, di sini, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.
Menurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah Honda Odyssey yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun dan mangsa, wanita tempatan berumur 85 tahun.
“Siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika pemandu MPV berkenaan keluar dari kawasan deretan kedai dan membelok ke kanan.
“Pemandu terbabit tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa yang sedang berjalan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Beliau turut meminta orang awam yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan insiden sebuah kenderaan melanggar pejalan kaki di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
