Berita Berita
Tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang
KUALA KANGSAR 14 Jan – Seramai tujuh lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 238 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Kampung Bukit Gantang di sini, pagi Rabu.
Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 7.33 pagi.
Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.10 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki tiga lelaki, sebuah pacuan empat roda Isuzu D-Max dinaiki dua lelaki serta sebuah lori Mitsubishi Canter dengan dua lelaki di dalamnya.
“Kesemua tujuh mangsa mengalami kecederaan namun tidak tersepit dan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, ketua operasi menjalankan penilaian awal sebelum anggota memberikan rawatan awal kepada semua mangsa.
Menurutnya, Pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan Bomba (EMRS) memasang ‘cervical collar’ (C-collar) kepada mangsa sebagai langkah keselamatan sebelum mereka dihantar ke hospital.
Tambah beliau, semua mangsa dibawa ke hospital berhampiran menggunakan EMRS, ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Operasi melibatkan seramai 11 anggota itu berjaya dikawal pada jam 8.30 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.01 pagi.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
