Berita Berita
SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi ATM, siasatan kartel tender tentera darat diperluas
KUALA LUMPUR 14 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu siasatan berkaitan kartel projek tender perolehan Tentera Darat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan itu yang dilakukan pada jam 11 pagi ini bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.
Menurut beliau, pada masa sama bekas Panglima Tentera Darat (PTD) yang sebelum ini direman telah dibebaskan pada jam 6.30 petang kelmarin.
“Sebarang perkembangan lanjut mengenai kes ini akan dimaklumkan pada sidang media SPRM esok,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, dua isteri bekas PTD turut dibebaskan selepas tempoh reman mereka tamat.
Untuk rekod, pada 23 Disember tahun lalu, SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan (MINDEF) bagi menjalankan siasatan ke atas beberapa projek Tentera Darat yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Sehari kemudian, SPRM memanggil tiga individu bagi dirakam keterangan berhubung kes sama.
Susulan siasatan itu, SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan Tentera Darat dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan.
Selain itu, SPRM turut menyita aset mewah bernilai lebih RM2.2 juta selepas melakukan penggeledahan di sebuah kediaman di Pantai Timur yang dipercayai milik isteri kedua bekas pegawai tertinggi Tentera Darat, termasuk penemuan 23 utas jam tangan jenama Rolex.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
