Berita Berita
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
MELAKA 14 Jan – Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) mengecam tindakan serbuan dan penutupan sebuah hotel yang didakwa ‘mesra gay’ di Melaka baru-baru ini.
Presiden Samenta, William Ng, menyuarakan kebimbangan kerana lesen perniagaan hotel itu disita dan diarahkan ditutup selama sehari walaupun pihak berkuasa tidak menemui sebarang pelanggaran terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 1991.
Ng berkata pendekatan penguatkuasaan yang didahului dakwaan tular di media sosial, tanpa bukti awal, menimbulkan kerisauan serta berpotensi menjejaskan perniagaan.
“Dengan sasaran kerajaan menarik 47 juta pelawat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, sektor hospitaliti dan PKS dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan. Pertumbuhan ini bergantung kepada kepastian perniagaan dan kedaulatan undang-undang. Apabila kuasa pentadbiran digunakan untuk menghukum perniagaan berdasarkan sentimen, ia mewujudkan persekitaran tidak menentu dan boleh menakutkan pelabur serta pelawat,” katanya dalam kenyataan.
Ng menggesa pihak berkuasa tempatan supaya segera mengembalikan lesen hotel berkenaan dan membenarkannya beroperasi semula sementara siasatan diteruskan.
Semalam, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyerbu hotel susulan dakwaan ‘mesra gay’, namun tiada pelanggaran enakmen syariah ditemui. MPHTJ menyita lesen perniagaan hotel bagi memudahkan siasatan kerana pemilik tidak berada di lokasi. Hotel diarahkan ditutup sehari sementara pemilik dipanggil memberi penjelasan.
Ng memberi amaran bahawa penutupan sewenang-wenangnya boleh menjejaskan reputasi Malaysia sebagai destinasi stabil dan mesra perniagaan. Tindakan itu juga berpotensi menjejaskan jenama pelancongan negara kerana pelancong cenderung memilih destinasi yang selamat serta menegakkan kedaulatan undang-undang.
Beliau turut mengingatkan pengusaha supaya peka terhadap sensitiviti budaya dan beroperasi dengan kesedaran sosial tinggi bagi mengelakkan isu yang boleh menjejaskan perniagaan mereka.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
