Berita Berita
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
KUALA LUMPUR 14 Jan – Pas mengajak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya berlawan hujah, idea dan akhlak di atas satu pentas demokrasi untuk dinilai oleh rakyat.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, cabaran itu dibuat sebagai respons terhadap kenyataan Ahmad Zahid yang menyarankan Pas membubarkan diri selepas UMNO meletakkan Islam sebagai teras utama parti menerusi pindaan perlembagaan pada 2019.
Menurut Idris, dalam sistem demokrasi, tidak timbul keperluan mana-mana parti politik dibubarkan demi memenuhi agenda tertentu.
“Wahai sahabatku Datuk Seri Ahmad Zahid, negara kita ini negara demokrasi. Pas dan UMNO tidak perlu dibubar.
“Mari kita berlawan di pentas demokrasi, bukan berlawan secara fizikal atau budaya yang tidak beradab.
“Kita berlawan hujah, idea dan akhlak sebagai ahli politik. Biarlah rakyat yang menilai siapa yang layak dipilih,” katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika merasmikan Majlis Penutup Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendakwa bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menyatakan Pas akan dibubarkan sekiranya UMNO meletakkan Islam dalam perlembagaan parti.
Mengulas perkara itu, Idris mengingatkan bahawa UMNO meluluskan pindaan perlembagaan parti pada PAU 2019 yang meletakkan agama di hadapan, diikuti bangsa dan negara.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Perak turut membandingkan pencapaian kedua-dua parti dalam pilihan raya dengan menegaskan sokongan terhadap Pas semakin meningkat.
Menurutnya, Pas yang suatu ketika dahulu sering dilabel sebagai parti golongan ‘orang kampung’ dan ‘mengaji pondok’, kini berjaya merentasi kelompok tersebut dengan sokongan semakin meluas dalam kalangan anak muda dan golongan intelektual.
“Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan Pas memenangi 43 kerusi Parlimen, jumlah terbesar dalam Dewan Rakyat. Dahulu Pas dilabel sebagai ‘dagang’, hari ini Pas menjadi harapan ummah,” katanya.
Idris turut menyenaraikan pencapaian UMNO dalam beberapa siri pilihan raya umum, iaitu 109 kerusi pada PRU 2004, 79 kerusi (2008), 88 kerusi (2013), 54 kerusi (2018) dan hanya 26 kerusi pada PRU15.
“Trendnya jelas menunjukkan UMNO berada di kemuncak pada 2004 sebelum mencatat penurunan secara berperingkat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Idris menegaskan beliau tidak berniat menyerang UMNO secara kasar kerana masih ramai akar umbi parti itu yang ikhlas dan berminat untuk bersama Pas atas dasar perpaduan ummah.
Namun, beliau mempersoalkan kenyataan Ahmad Zahid yang menyebut UMNO bersedia mengundang Pas menyertai sebuah organisasi beragenda Islam di luar politik dan mendakwa cadangan tersebut telah diluluskan Kabinet.
“Sejak bila agenda politik kepartian perlu mendapat kelulusan Kabinet? Lebih pelik apabila Kabinet itu turut dianggotai menteri-menteri DAP.
“Pas kekal dengan prinsipnya, berjuang di pentas demokrasi, membawa agenda Islam tanpa perlu kelulusan sesiapa dan menyerahkan penilaian akhir kepada rakyat,” katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
