TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lafaz cerai 10 November lalu, Faisal Halim, isteri sah bercerai talak dua

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 28 Nov – Rumah tangga pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim bersama isterinya, Nur Syazwani Mizuana Shahril, berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak dua oleh Mahkamah Rendah Syariah Klang, pada Jumaat.

Peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan mahkamah mengesahkan berlakunya dua lafaz cerai melibatkan pemain bola sepak tersebut.

"Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali perceraian.

"Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama mereka rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.

"Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini, itu juga mahkamah sudah sahkan dan ketika ini Syazwani sedang menjalani tempoh idah sehingga 10 Januari depan," katanya kepada mStar.

Menurut Akberdin, perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak kini memberi tumpuan kepada urusan tuntutan hak jagaan anak serta pembahagian harta sepencarian.

"Setakat ini, kami masih dalam perbincangan mengenai hal berkaitan hak penjagaan anak dan harta sepencarian," katanya.

+ - reset