Berita Berita
Malaysia dalam mod kesiapsiagaan krisis, jangan salahkan kerajaan isu harga bahan api - Ahmad Zahid
PUTRAJAYA 2 April - Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia kini berada dalam mod kesiapsiagaan krisis susulan ketidaktentuan global yang memberi kesan kepada harga bahan api.
Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan semua pihak perlu menghentikan sikap menuding jari kepada kerajaan, sebaliknya bersama-sama mencari penyelesaian terhadap cabaran berkenaan.
“Kita jangan berasa selesa dan jangan hanya menuding jari kepada pihak kerajaan terutama kepada Perdana Menteri. Hakikatnya ialah kerana krisis global yang harus kita sama-sama hadapi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, kenaikan harga bahan api ketika ini berpunca daripada perkembangan geopolitik antarabangsa yang berada di luar kawalan negara.
Mengulas tindakan pembangkang yang terus memainkan isu tersebut sebagai modal politik, Zahid menyifatkan pendekatan itu tidak wajar dalam keadaan semasa.
“Cubalah mereka pergi ke Selat Hormuz atau ke Asia Barat untuk melihat sendiri situasi sebenar. Kita sebenarnya bernasib baik, jadi jangan gunakan masalah global ini untuk menyalahkan kerajaan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri petang ini bagi memberi penjelasan mengenai situasi semasa.
Menurutnya, langkah itu penting bagi memastikan kerajaan negeri memahami cabaran yang sedang dihadapi negara serta dapat menyelaras tindakan dalam mendepani krisis global tersebut.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
