Berita Berita
Kadar keciciran murid menurun, KPM perkenal modul intervensi baru
KUALA LUMPUR 9 Dis – Dewan Negara dimaklumkan bahawa data Sistem Pengesanan Murid (SiPKPM) sehingga kini mencatatkan penurunan kadar keciciran murid berbanding tahun lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata kadar keciciran murid di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) adalah 0.30 peratus pada 2025, berbanding 0.33 peratus pada 2024.
“KPM merujuk kepada definisi keciciran iaitu murid warga Malaysia yang berada dalam sistem pendidikan tetapi keluar sebelum tamat tempoh pendidikan. KPM komited memastikan setiap murid kekal berada dalam sistem pendidikan sehingga tamat persekolahan,” katanya ketika menjawab soalan Senator Abdul Nasir Idris hari ini.
Selain itu, Wong Kah Woh memaklumkan bahawa KPM akan menambah baik SiPKPM dengan membangunkan Modul Intervensi Murid Cicir dan Murid Berisiko Cicir yang berintegrasi dengan kecerdasan buatan bermula tahun depan.
Modul baharu itu akan menganalisis data penting termasuk corak kehadiran, pencapaian akademik, rekod disiplin dan latar belakang sosioekonomi keluarga murid.
“Berdasarkan analisis terperinci ini, SiPKPM akan mencadangkan bentuk intervensi paling sesuai bagi memastikan tindakan susulan lebih berfokus, tepat dan berkesan, sekali gus membantu murid kekal dalam sistem pendidikan,” jelas beliau.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 8:59 pm
SPRM tahan dua pegawai tertinggi JAS disyaki terlibat kes e-waste
January 29, 2026, 8:51 pm
Wan Ahmad Fayshal gesa Muhyiddin berundur sebagai Presiden Bersatu
January 29, 2026, 8:45 pm
Restoran di Teluk Intan guna kalimah al-Quran tanpa perakuan halal
January 29, 2026, 8:38 pm
Mahkamah Rayuan arah LHDN bayar balik RM15.67 juta kepada Petronas
January 29, 2026, 4:38 pm
Mahkamah Tinggi arah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000 kepada Farhash
January 29, 2026, 4:33 pm
Sekolah agama JAIS diselaras dengan dasar pendidikan kebangsaan
January 29, 2026, 4:21 pm
Kepercayaan rakyat terhadap ATM perlu dibina melalui integriti, bukan hanya slogan – Anwar
January 29, 2026, 3:15 pm
