Berita Berita
Ingatkan gastrik, remaja 16 tahun hamil dirogol lelaki Bangladesh sebanyak empat kali
NILAI 9 Dis - Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya berusia 16 tahun yang disangka hanya sakit perut biasa rupa-rupanya sedang mengandung.
Perkara itu diketahui suri rumah terbabit ketika membawa anaknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Johari Yahya berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada Mei lalu.
"Sebelum itu, wanita berkenaan membawa anaknya yang mengadu sakit perut ke klinik, namun ketika itu doktor mengesyakinya mengalami gastrik.
"Beberapa bulan kemudian, mangsa telah buat rawatan susulan selepas perutnya dilihat makin membesar dan ibunya terkejut apabila pihak hospital mengesahkannya hamil," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, ibu remaja itu kemudiannya telah membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya telah dirogol di tempat kerja oleh rakan sekerja mangsa, warga Bangladesh.
Beliau berkata, susulan daripada itu, polis telah menahan suspek berusia 31 tahun di Balai Ketibaan KLIA lebih kurang jam 11.44 pagi pada Isnin.
"Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek mengaku terlibat dalam kes rogol dengan mangsa yang merupakan rakan sekerjanya.
"Selepas kejadian, suspek telah melarikan diri dengan pulang ke Bangladesh dan suspek mengaku melakukan perbuatan rogol tersebut sebanyak empat kali," katanya.
Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban esok untuk permohonan reman.
Berita berkaitan
January 29, 2026, 8:59 pm
SPRM tahan dua pegawai tertinggi JAS disyaki terlibat kes e-waste
January 29, 2026, 8:51 pm
Wan Ahmad Fayshal gesa Muhyiddin berundur sebagai Presiden Bersatu
January 29, 2026, 8:45 pm
Restoran di Teluk Intan guna kalimah al-Quran tanpa perakuan halal
January 29, 2026, 8:38 pm
Mahkamah Rayuan arah LHDN bayar balik RM15.67 juta kepada Petronas
January 29, 2026, 4:38 pm
Mahkamah Tinggi arah Chegubard, pempengaruh bayar RM550,000 kepada Farhash
January 29, 2026, 4:33 pm
Sekolah agama JAIS diselaras dengan dasar pendidikan kebangsaan
January 29, 2026, 4:21 pm
Kepercayaan rakyat terhadap ATM perlu dibina melalui integriti, bukan hanya slogan – Anwar
January 29, 2026, 3:15 pm
