Berita Berita
Erra Fazira sah bergelar isteri usahawan, Ezwan Zain
SUBANG 12 Dis - Majlis pernikahan penuh tradisi dan simbolik menyatukan penyanyi serta pelakon terkenal, Erra Fazira, dengan pasangannya Ezwan Zain dalam sebuah acara akad nikah yang berlangsung meriah di Rinjani Majestic, Subang, hari ini.
Erra, 51, dan Ezwan, 44, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin dengan mas kahwin berupa ufti bunga emas seberat 102 gram.
Ufti bunga emas yang menjadi mas kahwin itu membawa simbolik warisan Melayu abad ke-14, merangkumi 24 keping dinar emas sebagai lambang penghormatan dan nilai tradisi dalam perkahwinan mereka.
Tidak seperti kebiasaan, majlis kali ini tidak menggunakan dulang hantaran.
Sebaliknya, beberapa barangan berjenama disusun di atas talam dan dibawa menggunakan tandu sebagai simbolik eksklusif majlis tersebut.
Antara barangan yang dibawa ialah sepersalinan emas, tas tangan, jam tangan, kasut dan pewangi.
Majlis akad nikah bertemakan ‘perkahwinan dalam taman’ itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua pihak, rakan-rakan rapat serta wakil media.
Pengumuman rasmi mengenai majlis perkahwinan ini dibuat Erra pada 2 Disember lalu, bertepatan dengan pelancaran video muzik lagu Cinta Abadi 2025.
Hubungan Erra dan Ezwan mula diperkatakan sejak Januari lalu selepas Erra berkongsi ucapan romantis kepada Ezwan di media sosial.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 16 tahun.
Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 sebelum berpisah pada 2006.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
