TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Aksi ekzos berapi cetus kebakaran dua kenderaan di Telok Panglima Garang

By
|
Kongsi
image

KLANG 22 Dis – Aksi pertunjukan ekzos berapi di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Telok Panglima Garang, di sini, bertukar kecoh apabila dua buah kenderaan musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah Perodua Myvi musnah kira-kira 90 peratus, manakala sebuah Toyota Vios mengalami kerosakan sekitar dua peratus selepas disambar api.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 malam sebelum empat anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, pasukan bomba tiba kira-kira 12 minit kemudian dan mendapati kedua-dua kenderaan tersebut sedang terbakar.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat. Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

+ - reset