TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Chegubard dakwa ada pegawai kanan ATM terbabit pengubahan wang haram

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 22 Dis – Seorang aktivis membuat laporan polis terhadap seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan dakwaan membabitkan isu pengubahan wang haram yang dikatakan melibatkan individu berkenaan.

Laporan itu dibuat oleh Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.

Menurut Chegubard, beberapa dokumen maklumat bertaraf rahsia berkaitan perolehan, tender serta rundingan dalaman akan diserahkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan lanjut.

“Kita ada maklumat antara kemasukan 'mencolok mata' ke akaun pegawai terbabit. Saya akan menyerahkan laporan forensik akaun peribadi milik pegawai kanan itu dulu.

“Saya ialah orang Port Dickson. Port Dickson merupakan bandar tentera darat dan sudah tentu kebajikan anggota, anak-anak keluarga mereka antara prihatin saya,” katanya kepada pemberita di hadapan IPD Dang Wangi, di sini.

Badrul Hisham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson berkata, pendedahan berhubung dakwaan itu disusun mengikut tiga fasa yang dirancang.

Ketika ditanya sama ada laporan turut akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata perkara itu antara pertimbangan yang sedang difikirkan.

“Tapi bila kita hantar ke sini (polis), mereka boleh sahaja berkongsikan maklumat untuk SPRM bertindak. Ini baru fasa pertama (pendedahan) dan kita akan pergi ke fasa kedua dan ketiga,” ujarnya.

Beliau turut berharap Menteri Pertahanan dapat meneliti perkara berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

+ - reset