Berita Berita
Lebih 50 tetamu kenduri jatuh sungai, titi gantung runtuh di Kuala Krai
KUALA KRAI 2 Jan – Suasana kenduri perkahwinan bertukar kecoh apabila lebih 50 tetamu termasuk rombongan pengantin lelaki terjatuh ke dalam sungai selepas sebuah titi gantung di Sungai Chatel Damai, Lata Rek di sini runtuh, semalam.
Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika rombongan pengantin lelaki sedang dalam perjalanan pulang sebelum bertembung dengan tetamu yang baru selesai menghadiri kenduri di atas titi gantung berkenaan.
Penghulu Mukim Lata Rek, Mohd. Zaki Saari berkata, insiden itu menyebabkan seorang lelaki mengalami patah kaki selepas terjatuh di atas batu.
Katanya, seorang kanak-kanak turut cedera di bahagian kepala, manakala tiga individu lain mengalami luka ringan serta sesak nafas.
“Difahamkan, seramai lebih 50 individu menggunakan titi itu semasa kejadian berlaku. Keadaan itu mengakibatkan titi tersebut tidak mampu menampung beban yang terlalu berat.
“Rombongan pengantin lelaki itu Pasir Puteh sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai majlis, manakala tetamu pula baru sampai ke kenduri itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Mohd. Zaki, kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, semua mangsa sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing kecuali seorang lelaki yang patah kaki dan masih menerima rawatan di wad.
“Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manek Urai, Fauzi Abdullah terus ke lokasi kejadian dan memakulumkan kerja-kerja baik pulih titi gantunh itu akan dilakukan dengan segera.
“Titi gantung itu merupakan laluan utama penduduk di lima buah rumah di kawasan berkenaan untuk melakukan urusan harian,” katanya.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tali pengikat di dalam simen titi gantung berkenaan sudah uzur dan perlu diganti dengan yang baharu.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
