Berita Berita
Mayat lelaki ditemukan tergantung di jejantas berhampiran sekolah di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 5 Jan - Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemui tergantung di sebuah jejantas bersebelahan sekolah di Taman Damansara Alif, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai warga tempatan itu ditemukan kira-kira jam 8.54 pagi.
“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Kematian Mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum itu, penemuan mayat berkenaan tular di media sosial sebelum perkara tersebut dilaporkan kepada pihak polis.
Susulan laporan diterima, polis telah menjalankan tindakan menurunkan mayat di lokasi kejadian bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Sementara itu, Raub memaklumkan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
HRD Corp lulus dana latihan RM2.62 bilion pada 2025, perkasa kemahiran tenaga kerja negara
January 14, 2026, 2:18 pm
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
January 14, 2026, 2:11 pm
UMNO akui cabaran peruntukan jentera penerangan, Zahid tekankan strategi ofensif
January 14, 2026, 1:29 pm
SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi ATM, siasatan kartel tender tentera darat diperluas
January 14, 2026, 11:20 am
Kerajaan Madani terlibat langsung dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0
January 14, 2026, 11:16 am
Pemandu lori maut tersepit dalam nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS
January 14, 2026, 11:11 am
