Berita Jenayah
Lelaki belasah isteri lepas kantoi curang di hotel direman 4 hari
KUALA LUMPUR 21 Jun - Lelaki yang didakwa memukul isterinya bertubi-tubi selepas perbuatannya curang diketahui dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini pada Mei lalu kini direman empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.
Majistret menetapkan suspek berusia 37 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditangkap di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga .
Terdahulu, polis telah mengesan satu video tular di muat naik pengguna Facebook kelmarin menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.
Tinjauan Media Telus di media sosial mendapati orang ramai berpuas hati dengan tindakan pantas pihak polis menahan lelaki berkenaan yang disifatkan dayus dan tidak bertanggungjawab. – Media Telus
#PUKUL #ISTERI #CURANG
Berita berkaitan
April 3, 2026, 6:25 pm
JSJ gempur 13 premis judi dalam Op Dadu Khas, 67 individu ditahan di Selangor, Sabah
April 3, 2026, 11:45 am
Polis buru suspek gangguan seksual di MRT Kajang, saksi diminta tampil bantu siasatan
April 2, 2026, 4:45 pm
Lelaki 54 tahun ditahan selepas tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak di Bandar Baru Uda
April 1, 2026, 11:04 pm
Pegawai AADK cedera dihiris pisau ketika operasi di Bangsar
March 31, 2026, 11:00 am
Polis buru lelaki rakam bawah skirt wanita di pusat beli-belah Subang Jaya
March 31, 2026, 10:48 am
Lelaki miliki 31 rekod jenayah ditahan selepas rempuh lima kenderaan di KLIA
March 31, 2026, 7:22 am
Wartawan antara 10 lelaki ditahan dakwa ceroboh tapak kilang di Kulim
March 30, 2026, 11:14 am
Polis kesan individu terlibat pergaduhan berebut pelanggan di Jesselton Point
March 25, 2026, 9:14 am
