Berita Jenayah
Cubaan mengaburi imigresen gagal, tujuh individu ditolak masuk
BUKIT KAYU HITAM 25 Mac – Cubaan enam lelaki warga India mengaburi pihak berkuasa untuk memasuki negara ini dengan mendakwa tidak saling mengenali gagal apabila pemeriksaan mendapati tiket penerbangan mereka mempunyai tarikh dan masa yang sama.
Mereka merupakan antara tujuh individu yang ditolak kemasukan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, semalam.
Penolakan itu hasil pemeriksaan dan tapisan ketat yang dilakukan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bertugas.
Komander AKPS Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasarudin M. Nasir berkata, kesemua individu terbabit gagal mengemukakan tujuan perjalanan yang sahih selain didapati memiliki tiket penerbangan yang meragukan.
“Mereka cuba mengelirukan pegawai imigresen dengan mendakwa tidak saling mengenali, namun siasatan mendapati tiket penerbangan mereka adalah sama dari segi tarikh dan masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam perkembangan sama, seorang wanita warga Kemboja turut ditolak kemasukan selepas gagal mematuhi syarat kemasukan yang ditetapkan.
“Hasil soal siasat mendapati individu itu memberikan maklumat yang meragukan dan tidak konsisten kepada pegawai imigresen,” katanya.
Beliau berkata, semua individu terbabit telah dikeluarkan Notis Penolakan Masuk selaras dengan peruntukan undang-undang imigresen yang berkuat kuasa dan tindakan lanjut diambil mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Menurutnya, AKPS Bukit Kayu Hitam akan terus komited memastikan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara sentiasa terpelihara.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
