Berita Jenayah
Polis kesan individu terlibat pergaduhan berebut pelanggan di Jesselton Point
KOTA KINABALU 30 Mac - Polis sedang mengesan beberapa individu yang terlibat dalam pergaduhan di Jesselton Point.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada tindakan berebut pelanggan antara pekerja dua syarikat pelancongan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, kejadian berlaku di hadapan sebuah kiosk pelancongan.
Pergaduhan tersebut melibatkan tindakan membaling kerusi sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda milik pihak lain di lokasi.
Seorang pengusaha kiosk yang terjejas telah membuat laporan polis demi tujuan keselamatan dan mengelakkan salah faham orang awam.
Setakat ini pihak polis mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat oleh individu yang terlibat secara langsung dalam pergaduhan itu.
Walau bagaimanapun rakaman video kejadian berkenaan telah tular dan mendapat perhatian meluas di laman sosial Facebook.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kesalahan merusuh.
Usaha untuk mengenal pasti dan mengesan kesemua suspek yang terlibat sedang giat dijalankan oleh pihak berkuasa.
Polis menasihatkan orang awam supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman serta sentiasa mematuhi undang-undang.
Berita berkaitan
June 15, 2026, 2:03 pm
Lubuk judi residensi mewah tumpas, polis tahan 15 individu dan rampas kokain
June 15, 2026, 10:12 am
Saling kenal dari sekolah sama, polis siasat kes pergaduhan dua pelajar di padang bola masjid
June 14, 2026, 12:46 pm
Kanak-kanak dua tahun didera bapa tiri, suspek dicekup depan hospital
June 11, 2026, 4:48 pm
Hanya kerana hon, penunggang motosikal ditetak dengan pisau pemotong daging
June 9, 2026, 8:01 pm
Buat 'wheelie' di ibu kota: Polis berkas empat remaja susulan video tular
June 3, 2026, 1:29 pm
Pekerja dalang samun kedai serbaneka ditahan akibat tertinggal selipar
June 2, 2026, 3:10 pm
Padah tunjuk aksi ‘wheelie’ dalam video tular, dua penunggang bersama pembonceng dicekup
May 30, 2026, 11:09 am
Pemandu Myvi tiada lesen, cukai jalan tamat tempoh rempuh operator wanita di Danga Bay
May 25, 2026, 8:23 pm
