Berita Jenayah
Pegawai AADK cedera dihiris pisau ketika operasi di Bangsar
KUALA LUMPUR 1 April – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berusia 48 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di tapak tangan dan ibu jari kanan selepas dihiris dengan sebilah pisau oleh seorang suspek semasa menjalankan operasi saringan air kencing di Bangsar, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.08 petang yang melibatkan mangsa yang kini sedang dirawat dalam keadaan stabil di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah premis cuci kereta bersebelahan Bangsar South Mall, Jalan Kerinchi, apabila suspek bertindak agresif untuk melarikan diri selepas enggan mematuhi arahan bagi menjalankan ujian urin.
Suspek yang sedang diburu dikenal pasti sebagai seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun yang beralamat di Cheras, Kuala Lumpur.
Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Brickfields, Inspektor Syed Hamiz Azfar Bin Syed Mohd Najib.
Pasukan operasi polis sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat bagi membantu siasatan lanjut berhubung serangan ke atas penjawat awam berkenaan.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
