Berita Jenayah
Polis buru lelaki rakam bawah skirt wanita di pusat beli-belah Subang Jaya
SUBANG JAYA 31 Mac – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya sedang giat mengesan seorang suspek lelaki yang disyaki merakam gambar atau video di bawah skirt seorang pelanggan wanita di sebuah premis membeli-belah pada 29 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Bin Wan Mamat, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.16 tengah hari selepas video perlakuan tidak senonoh tersebut tular di media sosial Facebook dan Instagram.
Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak memegang telefon bimbit dengan niat merakam mangsa secara tersembunyi, namun identiti kedua-dua pihak yang terlibat masih dalam proses pengenalpastian oleh pihak berkuasa.
Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menyebarkan rakaman video berkenaan bagi menjaga maruah mangsa serta mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak polis.
Pihak polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek atau mangsa untuk segera tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu melengkapkan siasatan kes ini.
Maklumat juga boleh disalurkan secara terus kepada Pegawai Penyiasat, ASP Siti Sarah Binti Johari di talian 013-2097958 atau menghubungi IPD Subang Jaya di talian 03-78627222.
Berita berkaitan
July 31, 2026, 9:44 am
Buat aksi 'superman' ke perhimpunan RXZ Members 8.0, penunggang Singapura ditahan
July 30, 2026, 2:11 pm
Mudir madrasah didakwa tiga pertuduhan amang seksual murid lelaki di Tumpat
July 29, 2026, 10:39 am
Dua pemandu bas ekspres ditahan, sorok syabu di tempat duduk
July 28, 2026, 9:10 am
Warga asing dakwa diperas polis rupanya 'scammer' dikehendaki Interpol
July 27, 2026, 7:22 pm
Nyaris maut ditembak lelaki bertopeng lepas beli telur di Simpang Ampat
July 26, 2026, 9:36 am
Polis tahan lelaki disyaki serang, ugut penguat kuasa MBI
July 25, 2026, 3:21 pm
Lelaki ditahan disyaki hina Islam di Facebook
July 25, 2026, 9:45 am
Dua remaja ditemui maut di Flat Sungai Pari
July 24, 2026, 9:04 am
