Berita Berita
Polis kesan remaja perempuan 15 tahun dilaporkan hilang di Serendah
HULU SELANGOR 20 Jan - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tok Pinang, Serendah sejak November lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja terbabit kira-kira jam 4.36 petang semalam.
Menurut beliau, remaja berkenaan dikenali sebagai Manisha Murugen, 15, yang dilaporkan keluar dari rumahnya pada 23 November 2025 kira-kira jam 9 pagi dan tidak pulang sehingga kini.
“Remaja itu berkulit gelap, berambut hitam paras bahu manakala ketinggiannya tidak dapat dipastikan.
“Pakaian terakhir yang dipakai mangsa sebelum dilaporkan hilang ialah t-shirt berwarna hitam dan putih tidak berkolar berlengan pendek serta seluar jeans panjang berwarna biru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kehilangan remaja tersebut diminta tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Adib Muhamad Helmi di talian 03-6064 1222 atau menghubungi Balai Polis Serendah di talian 03-6081 1222.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
