Berita Berita
Kes selesai, murung tukar sekolah dikenalpasti punca pembunuhan suami isteri di Sri Aman
KUCHING 23 Jan - Kemurungan dikatakan menjadi punca kejadian pembunuhan pasangan suami isteri di Sri Aman pada 14 Januari lalu, menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.
Menurut laporan Berita Harian, berdasarkan keterangan keluarga, rakan dan rakan sekerja, lelaki yang juga guru besar itu dilaporkan mengalami kemurungan sejak bertugas di sekolah Lubok Antu, Sri Aman.
Beliau menambah, laporan kimia terhadap senjata tajam yang digunakan dalam kejadian tidak menemui sebarang DNA asing.
"Hanya DNA kedua-dua mangsa ditemui pada senjata tajam itu, justeru rumusan yang kita boleh buat ialah pembunuhan itu hanya membabitkan pasangan suami isteri berkenaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di IPK Sarawak hari ini.
Pasangan suami isteri berusia 45 dan 44 tahun ditemui meninggal dunia dengan kecederaan serius di rumah mereka di Taman Mutiara, Jalan Brayun, Sri Aman pada jam 6.55 pagi 14 Januari lalu.
Pasukan polis IPD Sri Aman bersama pegawai perubatan Hospital Sri Aman segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
Sepanjang siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, polis merakam keterangan 30 saksi termasuk ahli keluarga, jiran, rakan serta rakan sekerja mangsa. Pakar patologi yang melakukan bedah siasat turut dirakam keterangannya.
“Apa yang boleh kami simpulkan, kes itu sudah selesai kerana siasatan di lokasi kejadian tidak menemui kesan pecah rumah atau barangan hilang jika ia kes samun.
"Polis kini menunggu keputusan pemeriksaan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa, yang mungkin membantu menjelaskan motif sebenar selain kemurungan,” jelas Mohamad Zainal.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
