TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja 19 tahun maut jatuh dari kondominium tingkat 19 di Batu Caves

By
|
Kongsi
image

 

GOMBAK 5 Feb – Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kondominium di Batu Caves, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 5.49 petang sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bersama petugas perubatan Hospital Selayang dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 19 bangunan kondominium berkenaan.

"Siasatan mendapati mangsa ialah seorang wanita tempatan berusia 19 tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah, manakala hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala yang konsisten dengan impak jatuh dari tempat tinggi.

Jelasnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR).

Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta menghormati privasi ahli keluarga mangsa.

"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat merangkap Ketua Balai Selayang, Inspektor Mohd Ridzuan Alang di talian 019-4492685 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

+ - reset