TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM, orang ramai diminta doakan kesihatan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 5 Feb – Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah kini ditidurkan dan ditempatkan di zon merah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) sejak petang Rabu.

Perkara itu dimaklumkan oleh sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria menerusi satu hantaran di Facebook, sambil mengajak orang ramai mendoakan kesembuhan Abdul Rani yang lebih dikenali sebagai Rani Kulup.

“Angkatlah kesakitannya, permudahkan segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin,” katanya dalam hantaran tersebut.

Maklumat sama turut disahkan oleh pentadbir Facebook Ayahanda Abdul Rani Kulup yang memaklumkan keadaan Rani Kulup kini berada di zon merah dan ditidurkan bagi tujuan rawatan.

“Ayah sekarang di zon merah dan ditidurkan. Mohon doakan,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, setakat ini tiada maklumat lanjut didedahkan berhubung masalah kesihatan yang dialami oleh Rani Kulup.

Sebelum ini, Rani Kulup menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan beliau kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya.

“Mohon semua peminat doakan kesihatan ayah sebab beberapa hari ini tak berapa sihat. Walaupun tak berapa sihat, ayah tetap buat kerja,” katanya.

+ - reset