Berita Berita
MEF sambut baik KESUMA perkenal laluan baharu pengambilan terus pekerja asing
KUALA LUMPUR 5 Feb - Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan majikan tempatan menggaji pekerja asing secara terus tanpa bergantung kepada pihak perantara, satu langkah strategik bagi mengurangkan kos pengambilan yang berlebihan serta menangani isu ketelusan dan eksploitasi.
Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, hasil perbincangan dengan beberapa kedutaan asing menunjukkan wujud persetujuan meluas mengenai keperluan mewujudkan rangka kerja pengambilan pekerja yang lebih berkesan, beretika dan kos efisien.
Menurutnya, pendekatan itu penting bagi menyingkirkan peranan orang tengah yang sering meningkatkan kos, selain memastikan pekerja asing memahami serta bersetuju dengan terma dan syarat pekerjaan sebelum tiba di Malaysia.
Beliau menegaskan, tenaga kerja asing kekal sebagai komponen penting dalam menyokong ekonomi negara, terutamanya dalam sektor-sektor yang masih kurang penyertaan tenaga kerja tempatan.
"MEF yakin model kerajaan-ke-kerajaan yang dicadangkan, disokong teknologi termasuk pengesahan digital dan mekanisme pembayaran selamat, mampu meningkatkan tadbir urus buruh negara jika dilaksanakan secara konsisten dan melalui perundingan bersama pihak berkepentingan.
"MEF bersedia bekerjasama rapat dengan KESUMA, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkaitan bagi memastikan inisiatif ini mampan, telus dan selari dengan amalan terbaik antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Syed Hussain turut memuji Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan atas pendekatan proaktif beliau dalam menangani cabaran berkaitan majikan dan pengurusan pekerja asing.
Dalam pada itu, beliau menegaskan sokongan MEF supaya semua urusan berkaitan buruh diletakkan di bawah seliaan KESUMA, manakala aspek imigresen kekal di bawah bidang kuasa KDN.
Berita berkaitan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:35 pm
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:13 pm
Nik Nazmi sindir Takiyuddin ‘guna ilmu kasyaf’ isu pilihan raya Datuk Bandar KL
February 6, 2026, 5:08 pm
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
February 6, 2026, 5:03 pm
Pengerusi IJM ditahan SPRM, siasatan babit tadbir urus dan aset luar negara RM2.5 bilion
February 6, 2026, 3:13 pm
Tun Mahathir dibenar pulang ke rumah selepas sebulan dirawat di IJN
February 6, 2026, 3:07 pm
