Berita Berita
KKM sahkan kluster tibi di Kota Tinggi, 33 kes positif direkodkan
JOHOR BAHRU 5 Feb - Kementerian Kesihatan (KKM) meningkatkan langkah kawalan kesihatan awam selepas mengesahkan satu kluster Tuberkulosis (tibi) dikesan di Kota Tinggi pada 25 Januari lalu, melibatkan 33 kes positif setakat 4 Februari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah itu dikenal pasti hasil saringan terhadap 804 kontak rapat yang dijalankan oleh pasukan kesihatan KKM di lapangan.
Menurut beliau, semua pesakit yang disahkan positif telah memulakan rawatan dan berada di bawah pemantauan rapi pihak berkuasa kesihatan.
“Kesemua pesakit yang dikesan positif telah menerima rawatan dan sedang dipantau rapi oleh pihak KKM,” katanya menerusi hantaran di laman X lewat malam tadi.
Dzulkefly memaklumkan, satu kematian turut direkodkan dalam kluster berkenaan, namun kematian itu disahkan tidak berpunca daripada jangkitan tibi.
Beliau berkata, KKM kini berada pada tahap kesiapsiagaan tinggi dengan usaha pengesanan kes secara aktif atau Active Case Detection akan diteruskan bagi membendung penularan dan melindungi keselamatan komuniti setempat.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan penduduk sekitar yang mengalami simptom seperti batuk berpanjangan, demam atau berpeluh pada waktu malam supaya segera mendapatkan saringan kesihatan dan tidak menangguhkan pemeriksaan.
Dzulkefly turut mengingatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kebimbangan dan panik dalam kalangan masyarakat.
Untuk rekod, tibi atau batuk kering ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosisdan boleh merebak melalui udara kepada individu yang mempunyai kontak rapat.
Antara gejala utama tibi ialah batuk berpanjangan, penurunan berat badan mendadak, hilang selera makan, berpeluh pada waktu malam serta batuk berdarah.
Penyakit ini boleh dicegah dan sembuh sepenuhnya sekiranya rawatan diambil secara konsisten dengan tempoh minimum selama enam bulan.
Berita berkaitan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:35 pm
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:13 pm
Nik Nazmi sindir Takiyuddin ‘guna ilmu kasyaf’ isu pilihan raya Datuk Bandar KL
February 6, 2026, 5:08 pm
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
February 6, 2026, 5:03 pm
Pengerusi IJM ditahan SPRM, siasatan babit tadbir urus dan aset luar negara RM2.5 bilion
February 6, 2026, 3:13 pm
Tun Mahathir dibenar pulang ke rumah selepas sebulan dirawat di IJN
February 6, 2026, 3:07 pm
