Berita Berita
Tragis, lelaki maut dipercayai terjatuh dari pokok petai
BALING 5 Feb – Hasrat seorang lelaki untuk mengait petai berakhir tragedi apabila dia ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari sebatang pokok petai di sebuah kebun di Kampung Bukit Hijau, Kupang, hari ini.
Mangsa berusia 34 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas tanah berhampiran pokok petai berkenaan di kebun milik bapa saudaranya.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Brandon Richard Joe berkata, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.22 tengah hari.
“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa dan kematian dipercayai berpunca daripada terjatuh semasa mengait petai,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Baling bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
