Berita Jenayah
Aktiviti curi bateri kereta di Sentul terbongkar, suspek ditahan polis
KUALA LUMPUR 11 Feb - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan seorang lelaki bukan warganegara yang dipercayai aktif terlibat dalam kegiatan curi bateri kereta di sekitar kawasan Dato Senu, Sentul, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, tangkapan itu dibuat susulan 17 laporan polis yang diterima sejak Oktober 2025 membabitkan mangsa berbeza berkaitan kes kecurian bateri kenderaan.
Menurutnya, suspek ditahan pada 6 Februari lalu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.
“Suspek merupakan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 27 tahun yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan di kawasan Dato Senu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan suspek telah direman sehingga 21 Februari 2026 bagi membantu siasatan lanjut.
Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu membantu pihak polis menyelesaikan beberapa kes kecurian bateri kereta di sekitar Sentul yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu usaha membanteras jenayah.
Berita berkaitan
April 15, 2026, 9:16 pm
Polis siasat kematian pemuda OKU sebagai kes bunuh susulan keputusan bedah siasat
April 14, 2026, 10:12 am
Polis cari pemandu bas ekspres riba wanita ketika memandu
April 10, 2026, 11:52 am
Pemandu Myvi mabuk rempuh motosikal bawa kanak-kanak di Johor Bahru
April 10, 2026, 11:33 am
Lelaki cedera ditetak abang kandung guna parang di Johol
April 10, 2026, 9:26 am
Dua samun bersenjata dalam 24 jam di Nilai, polis buru lima lelaki
April 9, 2026, 2:03 pm
Op Hazard 3.0: 1.4 juta kg e-waste dirampas, 56 warga asing ditahan
April 9, 2026, 1:52 pm
Warga Korea dikehendaki kes penipuan RM9.4 juta ditahan di Horizon Hills
April 9, 2026, 10:36 am
