Berita Jenayah
Pelakon lelaki terkenal ditahan, ujian air kencing positif dadah
KUALA LUMPUR 29 Jan - Seorang pelakon lelaki terkenal dilaporkan ditahan polis selepas keputusan ujian saringan awal air kencing mendapati beliau positif dadah.
Menurut sumber, artis berusia lingkungan 40-an itu dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam semalam sebelum direman selama tiga hari bagi membantu siasatan, dengan tempoh reman dijadualkan tamat esok.
Difahamkan, penahanan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan yang dijalankan terhadap suspek.
Sumber turut memaklumkan bahawa kertas siasatan dipercayai telah lengkap dan dikemukakan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Menurut sumber sama, pelakon berkenaan berkemungkinan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama pelakon terbabit berdepan isu berkaitan dadah. Sebelum ini, Mahkamah Majistret Petaling Jaya pernah mensabitkannya bersalah atas kesalahan menggunakan dadah jenis THC.
Bagaimanapun, beliau terlepas daripada hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan hukuman denda sebanyak RM5,000 dikenakan ke atasnya.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
