Berita Jenayah
Lelaki 23 tahun ditahan disyaki pukul dan cabul kanak-kanak di Bukit Sentosa
HULU SELANGOR 30 Jan – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 23 tahun selepas disyaki memukul serta mencabul seorang kanak-kanak perempuan bawah umur dalam kejadian di Bukit Sentosa, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 8 malam.
Menurut beliau, kejadian berlaku ketika mangsa berjalan bersama kakak dan abangnya melalui Jalan Bakawali, Bukit Sentosa, untuk ke pasar malam sebelum didatangi seorang lelaki tidak dikenali.
“Suspek dipercayai telah menarik mangsa masuk ke dalam rumahnya sebelum bertindak memukul mangsa menggunakan tangan dan kaki sehingga menyebabkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, hasil tindakan pantas, polis dari Balai Polis Bukit Sentosa, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor berjaya menahan seorang individu di rumahnya dalam kawasan Bukit Sentosa.
Menurutnya, suspek yang bekerja sebagai penganggur itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun ujian saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah.
Tambah Ibrahim, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan dibenarkan selama empat hari bermula 30 Januari hingga 2 Februari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau sebatan atau kedua-duanya sekali.
“Bagi kesalahan berulang, hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan boleh dikenakan,” katanya.
Beliau menegaskan, pihak polis memandang serius kejadian berkenaan dan percaya penahanan suspek berjaya menyelesaikan kes itu sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keupayaan polis dalam menangani jenayah melibatkan keselamatan kanak-kanak.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
