Berita Jenayah
Dua pengusaha katering rugi diperdaya sindiket guna nama IPK Johor
JOHOR BAHRU 27 Jan – Dua pengusaha makanan dan katering menjadi mangsa penipuan sindiket yang menggunakan nama Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor bagi menawarkan pembekalan makanan dan cenderamata.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata sindiket berkenaan mengemukakan salinan dokumen pesanan kerajaan lengkap dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) kononnya sebagai bukti bagi meyakinkan mangsa.
Menurutnya, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 51 dan 35 tahun membuat laporan polis berhubung kejadian itu, semalam.
“Kedua-dua mangsa mengalami kerugian masing-masing RM3,800 dan RM5,000 selepas diperdaya sindiket terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ab Rahaman berkata, dalam kedua-dua kes tersebut, mangsa mendakwa menerima panggilan telefon menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil IPK Johor dan menawarkan khidmat membekalkan makanan bagi satu majlis yang kononnya dianjurkan pada 26 Januari lalu.
“Mangsa turut diminta membekalkan goodies dan diarahkan berhubung dengan pembekal yang ditentukan oleh suspek,” katanya.
Beliau berkata, mangsa yang mempercayai tawaran tersebut selepas diberikan dokumen berkenaan telah menyediakan makanan berbungkus serta membuat bayaran bagi cenderamata ke akaun bank yang diarahkan suspek.
Menurutnya, mangsa menyedari telah ditipu apabila hadir ke IPK Johor dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang tempahan makanan dibuat, selain suspek gagal dihubungi.
Ab Rahaman berkata, siasatan mendapati dokumen pesanan yang diberikan sindiket itu adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh IPK Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, Polis Johor menafikan mengeluarkan sebarang pesanan kerajaan seperti yang diterima mangsa dan menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada serta tidak mudah terpedaya dengan tawaran pembekalan makanan atau cenderamata yang diterima melalui panggilan telefon atau media sosial.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
