Berita Jenayah
Lelaki melecur akibat disimbah asid di stesen minyak Jeniang
SUNGAI PETANI 26 Jan - Seorang lelaki mengalami kecederaan melecur pada muka, leher dan dada selepas disimbah asid di sebuah stesen minyak di Jeniang, Gurun, di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita sekitar jam 3.15 pagi yang memaklumkan kejadian berkenaan.
Menurut beliau, mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pekerja kantin dan menetap di Kampung Jeniang mengalami kecederaan melecur kira-kira 11 peratus akibat serangan itu.
“Susulan laporan diterima, polis berjaya mengesan dan menahan seorang suspek lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu pada pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hanyan berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada cemburu.
Beliau memaklumkan, suspek akan direman bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, mangsa kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini.
Berita berkaitan
April 28, 2026, 1:36 pm
10 warga asing ditahan, empat sindiket penipuan tumpas di Selangor
April 27, 2026, 2:48 pm
Kes hina Sultan Selangor: Polis kenal pasti pemilik akaun Facebook, 21 laporan diterima
April 27, 2026, 10:25 am
Lelaki ditumbuk hingga alami kecederaan kepala gara-gara selisih faham dengan isteri suspek
April 24, 2026, 11:16 am
Lelaki warga asing ditahan selepas ugut bunuh adik, miliki senjata api buatan sendiri
April 24, 2026, 11:03 am
Lelaki 55 tahun ditahan selepas lakukan gangguan seksual di pasar raya
April 24, 2026, 10:52 am
Imigresen tahan 45 PATI dalam operasi besar-besaran di lapan lokasi sekitar Selangor
April 23, 2026, 5:03 pm
Lelaki ceroboh, lakukan khianat di Subang Jaya ditahan selepas video tular
April 23, 2026, 10:59 am
Lelaki positif dadah nekad lari sekatan jalan raya ditahan selepas dikejar polis
April 22, 2026, 10:43 am
