Berita Berita
Wanita maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan
KUALA LUMPUR 13 Feb – Seorang wanita maut manakala dua individu lain cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 438.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Sungai Buaya, awal pagi Jumaat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Muhklis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.30 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira 25 minit kemudian.
Menurutnya, insiden itu melibatkan dua buah Perodua Myvi serta sebuah Honda Jazz.
“Kenderaan Myvi pertama membawa dua mangsa. Seorang lelaki berusia 25 tahun tersepit dan mengalami kecederaan parah, manakala seorang wanita berusia 44 tahun tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seorang wanita berumur 30 tahun yang menaiki Myvi kedua turut tersepit serta cedera parah. Pemandu Honda Jazz berusia 27 tahun pula berjaya keluar sendiri dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan.
Beliau memaklumkan, kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit selesai pada jam 7.13 pagi sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan selanjutnya.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
90% pengilang jangka gangguan rantaian bekalan, FMM rayu subsidi diesel sektor pembuatan
April 6, 2026, 7:52 pm
