Berita Berita
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
KUALA LUMPUR 7 April – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyifatkan kegagalan syarikat gergasi Sunway Bhd dalam usaha mengambil alih IJM Corp Bhd sebagai satu kemenangan besar buat suara rakyat.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan tersebut merupakan satu berita gembira yang membuktikan segala bantahan yang disuarakan sebelum ini telah diambil kira oleh pihak berkaitan sehingga usaha mendapatkan syer terbesar itu tidak berjaya.
Susulan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersedia mendengar keresahan serta suara rakyat di peringkat akar umbi.
Terdahulu, Sunway pada 12 Januari lalu telah mencadangkan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi membeli keseluruhan 3.51 bilion saham IJM pada harga RM3.15 sesaham melalui gabungan tunai dan penerbitan saham baharu.
Pihak Sunway dalam kenyataan rasminya pula merakamkan penghargaan kepada semua pemegang taruh dan rakan kongsi yang telah menilai cadangan tersebut sepanjang tempoh tawaran itu dikemukakan.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
