Berita Berita
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
KUALA LUMPUR 7 April – Anak perempuan kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin iaitu Asnida bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini.
Pendakwaan tersebut akan dijalankan mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang merujuk kepada kesalahan gagal mematuhi notis perisytiharan harta.
Peguamnya, Yu Ying Ying mengesahkan perkara tersebut semalam dan kes dijadualkan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad.
Terdahulu, Asnida telah hadir ke Ibu Pejabat SPRM semalam untuk memberi keterangan selama hampir lima jam sebelum tindakan pendakwaan ini diambil.
Walau bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Tun Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin dilaporkan tidak hadir memberi keterangan kerana dipercayai masih berada di luar negara.
Siasatan ini merupakan sebahagian daripada Ops Godfather yang dijalankan oleh SPRM bagi menyiasat dakwaan pemilikan aset serta syarikat luar pesisir yang dikaitkan dengan keluarga Allahyarham Tun Daim.
Sekiranya sabit kesalahan, hukuman yang diperuntukkan bagi Seksyen 36(2) tersebut merangkumi hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
