Berita Berita
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
ALOR SETAR 7 April – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hadir di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) malam ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada dua penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang meninggal dunia akibat lemas.
Beliau yang tiba pada jam 10.40 malam sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu keluarga mangsa selain menziarahi mendiang Christoper Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang.
"Fadhlina kemudian meninggalkan perkarangan HSB pada jam 11 malam selepas menyantuni waris serta pihak pengurusan IPG yang turut hadir memberikan sokongan," lapor saksi di lokasi kejadian.
Kedua-dua mangsa merupakan penuntut tahun dua dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani) di IPG Kampus Perlis.
Turut kelihatan hadir bagi memberi penghormatan ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, Abdul Rahim Mat serta Pengarah JPN Perlis, Rose Aza Che Arifin bersama rakan-rakan seperjuangan mendiang.
Jasad kedua-dua penuntut tersebut telah dibawa keluar dari hospital pada jam 11.15 malam menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Mendiang Jia Siang dan Lin Siang dijadualkan berlepas pulang ke Kuching dan Sibu, Sarawak pada hari esok untuk urusan pengebumian oleh pihak keluarga.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
