TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bas ekspres bawa 39 penumpang terbalik gara-gara elak motosikal keluar simpang mengejut

By
|
Kongsi
image

 

KINABATANGAN 22 Mac - Seramai 39 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres dinaiki mereka terbabas ketika cuba mengelak sebuah motosikal di Jalan Kampung Paris 2, Jalan Sandakan–Lahad Datu, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, kesemua penumpang termasuk pemandu dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, D Ravi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut yang turut tular di media sosial.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres jenis Scania yang dipandu seorang lelaki dan membawa 39 penumpang serta sebuah motosikal.

"Siasatan awal mendapati bas tersebut dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Semporna, namun ketika tiba di lokasi, sebuah motosikal keluar dari simpang sebelah kiri secara mengejut dan pemandu cuba mengelak ke bahu kiri jalan," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, tindakan mengelak itu menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum bas terbabas ke bahu jalan berumput di sebelah kiri.

Susulan kejadian, kes dicadangkan disiasat di bawah Kaedah Lalulintas 10 LN166/59.

+ - reset