TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pasangan kekasih direman disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh di kubur Cina

By
|
Kongsi
image

 

GEORGETOWN 24 Mac – Sepasang kekasih ditahan reman sehingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung video tular yang memaparkan mereka didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di sebuah tanah perkuburan di sini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi selepas pasangan itu dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba dengan tangan bergari di bawah pengawasan polis dan dilihat memakai baju merah serta seluar biru.

Datuk Azizee Ismail mengesahkan penahanan pasangan berkenaan yang tular dalam video itu, berkata mereka ditahan di lokasi berasingan sekitar Georgetown semalam.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 Mac di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Air Itam. Pihak polis sedang meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif dan sebarang elemen undang-undang lain yang berkaitan.

+ - reset