Berita Berita
Sekolah boleh ditutup sementara jika suhu cecah 37 darjah celcius tiga hari berturut-turut - KPM
IPOH 27 Mac – Sekolah di seluruh negara dibenarkan menghentikan operasi sekiranya suhu harian mencecah lebih 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sebagai langkah melindungi kesihatan pelajar dan warga sekolah.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, ketetapan itu merupakan sebahagian garis panduan yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak 2023 dan boleh dilaksanakan sekiranya cuaca panas serta kering semakin meruncing.
"Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah mempunyai pengalaman yang mencukupi bagi menangani isu yang kita hadapi sekarang (cuaca panas dan kering).
"Sememangnya kita tahu bahawa hal ini juga menjadi satu cabaran bagi KPM untuk memastikan keselesaan dan juga kesihatan anak-anak," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gopeng di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching.
Menurut beliau, selain penutupan sekolah, semua aktiviti luar juga perlu dihentikan sekiranya suhu berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Antara aktiviti yang tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan tersebut termasuk merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan luar serta aktiviti pertanian.
"Pihak KPM telah memberikan pesanan kepada kesemua pentadbir termasuklah pengetua, guru besar serta Pejabat Pendidikan Daerah supaya sentiasa memantau status suhu harian bagi cuaca panas setiap hari di sekolah dan juga daerah masing-masing," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wong memaklumkan SJKT Gopeng bakal melalui pembangunan semula dengan peruntukan sebanyak RM14.5 juta, yang dijangka bermula penghujung tahun ini dan siap dalam tempoh 22 bulan.
Menurutnya, projek itu melibatkan perobohan blok bangunan daif sedia ada dan pembinaan blok gantian tiga tingkat yang merangkumi enam bilik darjah, pejabat pentadbiran, bilik guru serta stor sukan.
"Sekolah ini telah berusia 80 tahun dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, didapati blok utama yang menempatkan bilik darjah dan blok pentadbiran sekolah telah terjejas akibat ancaman anai-anai,” katanya sambil berharap projek berkenaan dapat disiapkan sepenuhnya pada akhir 2028.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
