Berita Berita
SPM 2025: Prestasi Bahasa Melayu merosot, 29 lagi subjek catat penurunan
PUTRAJAYA 31 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 menunjukkan terdapat beberapa mata pelajaran utama yang merekodkan kemerosotan prestasi, termasuk Bahasa Melayu yang turut tersenarai antara subjek terjejas.
Secara keseluruhan, sebanyak 29 daripada 95 mata pelajaran mencatatkan penurunan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP), berbanding 63 mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan, manakala tiga lagi kekal tidak berubah berbanding SPM 2024.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, berkata bagi tujuh mata pelajaran teras, tiga daripadanya menunjukkan peningkatan prestasi manakala empat lagi mencatatkan penurunan.
"Pendidikan Islam menunjukkan peningkatan prestasi tertinggi sebanyak 0.79 mata, iaitu 3.20 mata pada SPM Tahun 2025 berbanding 3.99 mata pada SPM Tahun 2024.
"Bahasa Melayu pula menunjukkan penurunan prestasi sebanyak 0.13 mata, iaitu 3.85 mata pada SPM 2025 berbanding 3.72 mata pada SPM 2024," katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
