Berita Berita
Penceramah bebas Fathi Na’im bebas pertuduhan rogol remaja 14 tahun
KUALA LUMPUR 12 Mei – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan penceramah bebas, Fathi Na’im, daripada satu pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah hotel, lima tahun lalu.
Hakim Tasnim Abu Bakar membuat keputusan itu terhadap Fathi Na’im atau nama sebenarnya Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
Dalam penghakimannya, beliau menyatakan keterangan saksi pendakwaan ketiga iaitu mangsa didapati tidak boleh dipercayai ketika prosiding mencabar kredibiliti saksi dijalankan oleh pihak pembelaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah hotel di Jalan Imbi, Bukit Bintang antara jam 2 pagi hingga 10 pagi pada 3 Disember 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Walaupun bebas daripada pertuduhan ini, Fathi Na’im sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang pada September tahun lalu atas tiga pertuduhan rogol dan amang seksual membabitkan mangsa yang sama.
Bagaimanapun, hukuman tersebut kini ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi. Penceramah itu juga dilaporkan masih berdepan dengan enam lagi pertuduhan seksual lain yang melibatkan mangsa yang sama.
Berita berkaitan
May 22, 2026, 8:19 pm
Ibu sedih anak kerap dibuli di sekolah hingga retak tulang tangan, muka lebam
May 22, 2026, 4:43 pm
Ustaz Mad Kecik selamat diijabkabulkan dengan pelajar madrasah
May 22, 2026, 4:43 pm
Lelaki kurung, dera remaja 14 tahun di Bukit Kemuning dipenjara 15 bulan
May 22, 2026, 3:45 pm
PAS sedia timbang penyertaan BERSAMA dalam PN – Abdul Hadi
May 22, 2026, 3:41 pm
Krisis Asia Barat: Perdana Menteri beri jaminan bekalan tenaga negara mencukupi
May 22, 2026, 1:47 pm
