Berita Sukan
'Ahmad Bergson' makin kagum budaya Islam, gembira jaring gol sulung Harimau Malaya
JAKARTA, 26 Sept. – Penyerang naturalisasi baharu Harimau Malaya, Bergson da Silva meluahkan rasa kagum terhadap budaya masyarakat Islam di Malaysia sepanjang lebih lima tahun menetap di negara ini, sekali gus membuka ruang untuknya mempelajari Islam dengan lebih dekat.
Bergson, 35, yang mesra dengan gelaran 'Ahmad Bergson' dalam kalangan penyokong tempatan mengakui tertarik dengan cara hidup masyarakat Islam yang saling membantu, berakhlak baik serta sentiasa berdoa dalam kehidupan seharian.
"Sikit-sikit, tak cukup. Tapi masih belajar, belajar bahasa. Jadi saya rasa ia dalam proses dan akan berkembang... Di sini saya selalu melihat mereka dan mengagumi cara mereka berjuang, cara mereka saling membantu," katanya.
Pemain kelahiran Brazil itu menyifatkan Malaysia kini sudah seperti rumah sendiri dan beliau mahu membalas sokongan serta kasih sayang penyokong tempatan menerusi persembahan cemerlang di atas padang.
Mendapat kelulusan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 13 September lalu untuk mewakili Malaysia, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu melakukan penampilan sulung yang cukup manis bersama skuad kebangsaan semalam.
Beliau berjaya meledak gol ketiga bagi membantu Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Bangladesh dalam aksi pembukaan Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), Jakarta.
Berita berkaitan
November 12, 2026, 10:54 am
Kerajaan belanja RM70 juta anjur F1 GP Bahrain di Sepang, jana impak ekonomi hampir RM950 juta
November 9, 2026, 11:27 am
'Tak hormat pasukan lawan', Pan-gon mahu MFL siasat Nazmi Faiz
November 5, 2026, 10:13 pm
Tiada lagi nombor 7, Ronaldo umum persaraan bersama Portugal
November 4, 2026, 9:51 am
Pemain Sepanyol meninggal dunia lepas dirempuh penjaga gol lawan
November 2, 2026, 9:41 am
Tujuh pemain warisan kekal status rakyat Malaysia selepas tamat hukuman FIFA
November 1, 2026, 7:12 pm
Tujuh pemain warisan layak beraksi mulai hari ini - MFL
November 1, 2026, 6:50 pm
Marc Marquez tawan Sepang
November 1, 2026, 10:06 am
Azman Adnan dilantik sebagai Pengarah Teknikal KL City baharu
October 31, 2026, 2:48 pm
JDT terus melangkah jauh, lancar dokumentari ‘UNTAMED’ di JDT+
October 29, 2026, 8:50 am
