Berita Berita
Elak monyet punca kereta dinaiki enam sekeluarga terbabas masuk parit
BAGAN SERAI 26 Ogos - Mahu mengelak sekumpulan monyet menjadi punca sebuah kereta dinaiki enam sekeluarga terbabas sebelum terjunam ke dalam parit dipenuhi air di Kilometer 15, Jalan Selama -Bagan Serai, Sabtu lalu.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.45 petang melibatkan kereta jenis Proton Iriz yang dipandu seorang wanita bersama lima penumpang termasuk empat kanak-kanak berusia setahun hingga 13 tahun.
Keluarga itu dalam perjalanan dari Selama menuju ke Bagan Serai dan ketika mengelak sekumpulan monyet, kenderaan itu telah melanggar sebatang tiang elektrik sebelum jatuh ke dalam parit.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, kesemua mangsa telah diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Kesemua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Parit Buntar," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Kaedah 10, Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu lintas 166/59. - Media Telus
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
