Berita Berita
Warga emas ada sakit jantung maut langgar tiga kereta di Cheras
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KAJANG 28 Nov – Seorang lelaki warga emas maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Bahagia 8, Taman Minang, Cheras di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, bekas pesara kerajaan berusia 74 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusof berkata, siasatan mendapati semasa kejadian, mangsa yang memandu Proton Saga dalam perjalanan balik ke rumah.
“Ketika melalui Jalan Bahagia 8, kenderaan dipandu mangsa dipercayai telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta yang diparkir di sebelah kanan jalan.
“Dalam usaha mengundurkan kenderaannya, pemandu tersebut sekali lagi hilang kawalan dan melanggar dua kereta sebelum melanggar pagar sebuah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Nazron, warga emas terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan luaran mempunyai sejarah sakit jantung.
“Mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Nur Faezah di talian 012-3268496,” ujarnya. – Media Telus
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
