Berita Berita
Polis buru pakcik tampar pemuda Cina makan di khalayak, berdepan hukuman penjara, denda
JOHOR BAHRU 17 Mac – Polis kini giat mengesan seorang lelaki yang menampar seorang pemuda bukan Muslim kerana makan di sebuah kedai serbaneka dalam pusat beli-belah di sini.
Suspek berdepan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun serta denda maksimum RM2,000 jika didapati bersalah.
Kes Disiasat di Bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap kejadian tersebut.
“Polis menerima laporan daripada pengadu berusia 21 tahun pada jam 9.08 malam semalam. Pengadu mendakwa ditampar dua kali di pipi kanannya oleh individu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Balveer, insiden dipercayai berlaku selepas pemuda itu enggan menunjukkan kad pengenalannya apabila diminta oleh lelaki tersebut selepas ditanya mengenai agamanya.
Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 07-5563122.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 11:09 am
Ketua Pengarah JAS didakwa terima suapan RM100,000
April 3, 2026, 10:09 am
Kenyataan terbuka Rafizi, boleh jejas keharmonian, kekuatan parti - KEADILAN Johor
April 3, 2026, 9:28 am
Guna berus bulu babi: Semua produk kopi, biskut pengeluar diarah tarik balik dari pasaran
April 3, 2026, 8:48 am
Pemandu treler positif dadah, rempuh van ragut nyawa tiga sekeluarga di Segamat
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
