Berita Berita
Imam Tarawih, anak maut dirempuh 4WD ketika dalam perjalanan ke masjid di Besut
BESUT 21 Mac - Dua beranak maut dirempuh sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan ke masjid di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, Kampung Padang Landak di sini, semalam.
Difahamkan, salah seorang mangsa yang meninggal dunia dijadualkan bertugas menjadi imam solat Isyak serta solat Tarawih pada malam itu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, mangsa, Mohd Nazri Mohd Nor, 59, bersama anaknya, Muhammad Hamas Mohd Nazri, 25, dari Kampung Padang Luas disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Besut.
Katanya, polis menerima maklumat daripada Hospital Besut berhubung kematian dua orang lelaki susulan kemalangan membabitkan dua kenderaan pada 10.30 malam.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal Honda yang ditunggang bersama anak lelakinya, dengan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun.
"Kejadian dipercayai berlaku semasa Toyota Hilux dari arah Jertih ke Padang Landak terlanggar motosikal Honda EX5 dari arah belakang.
"Ketika kejadian motosikal itu membuat pusingan U dan mengubah haluan ke lorong tengah untuk ke Masjid At-Taqwa, di kiri jalan," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, akibat dari kemalangan itu, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.
"Kedua-dua mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Besut, sementara itu pemandu Toyota Hilux tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
Wanita lumpuh maut dalam kebakaran rumah teres di Taman Mantin Baharu
April 4, 2026, 12:32 pm
JPN siasat individu guna MyKad orang lain beli bahan api bersubsidi
April 4, 2026, 12:24 pm
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pada usia 83 tahun
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
