Berita Hiburan
Shila Amzah berbuka puasa bersama ibu, hubungan keluarga kembali pulih

PETALING JAYA 21 Mac - Hubungan kekeluargaan penyanyi Shila Amzah nampaknya semakin pulih apabila beliau meluangkan masa berbuka puasa bersama ibunya, Fauziah Sarman.
Dalam satu perkongsian di Insta Story, Shila, 34, yang ditemani suaminya, Ubai, memuat naik gambar menikmati juadah berbuka di sebuah restoran dengan kapsyen “Date dengan mak pula, bukber dulu.”
Sebelum ini, hubungan keluarga mereka dikatakan kembali jernih selepas Fauziah hadir ke majlis akikah anak kedua Shila, Rhea Akira, pada Oktober 2024.
Shila sebelum ini pernah berdepan krisis dengan keluarganya berhubung isu penjualan rumah banglo miliknya, yang mendapat tentangan daripada ahli keluarga sehingga mencetuskan pertelingkahan yang berlarutan.
Selain itu, hubungan Shila dengan bapanya, Datuk ND Lala, 63, juga menjadi tegang selepas beliau berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang merupakan rakan sekolahnya. Perkahwinan ibu bapanya yang dibina sejak 1989 akhirnya berakhir dengan perceraian pada 2 Ogos 2023.
Kini, perkembangan terbaru ini memberi gambaran bahawa hubungan Shila dan keluarganya semakin baik selepas melalui pelbagai ujian dalam tempoh dua tahun terakhir. - Media Telus
Berita berkaitan
June 19, 2025, 11:38 am
Baru 4 bulan kahwin, isteri Fikry Ibrahim fail cerai
May 28, 2025, 11:56 am
Amsyar Leee wakili Malaysia di “Sing! Asia”, cipta nama di pentas antarabangsa
May 27, 2025, 6:21 pm
Yassin dedah terpaksa tidur dalam keadaan berdiri ketika ditahan di Jeddah
May 13, 2025, 7:03 pm
Hafidz Roshdi lepas, bebas sepenuhnya kes cederakan bekas isteri
May 13, 2025, 1:33 pm
Filem Gantung: Musketeer Code angkat kisah persahabatan, duka remaja ke layar perak
May 5, 2025, 7:23 pm
Konsert holografik Glenn Fredly bakal gegar Zepp Kuala Lumpur 18 Julai depan
May 5, 2025, 11:24 am
Perkahwinan 20 tahun berakhir, Edika Yusof, isteri sah bercerai talak satu
May 2, 2025, 12:16 pm